Johor

22:19 As Sweet As Sugar 0 Comments


Johor
Saya selalu berpindah, sebab kerja ayah saya. Memang duduk satu negeri tu x lama.
Darjah 3 - Tingkatan 1 saya pindah ke Johor.
Darjah 3 saya duduk dekat Batu Pahat dan masuk sekola kat SMK Bandar Batu Pahat. Time ni saya dah pakai braces sebab ada case dengan pertumbuhan gigi taring saya. Time tu braces tak popular cam sekarang. Hari2 pergi skola budak2 ejek saya gigi besi.

Pepetang

Kat sekolah ni saya masuk pertandingan melukis. Haha malu nya bila ingat balik. Tak puas hati sebab lukisan x cantik, mintak cikgu saya kertas baru, cikgu x kasi, saya pergi nangis kat situ.

Rumah ni besa sangat, kat belakang ada bilik untuk pembantu rumah dalam 5 bilik. Mak saya buat jadi store. Pepetang saya dengan adik saya amik ubat nyamuk, cucuk dalam botol. Buat bom asap. Haha Yang best nye memang berasap bilik store tu berperang dengan nyamuk.

Saya ada bantal busuk, G toilet berak bawak bantal busuk, makan bawak , mandi pun bawak, pegi sekolah petang pun saya bawak. letak dalam beg sekolah. Satu hari tu mak saya dah geram sangat sebab rimas. Die amik bantal busuk saya, die koyakkan kain tu pastu isi tu plak die amik simpan. boleh buat benda lain katanya. Die bakar kulit bantal busuk tu depan saya. Saya meraung gile. lepas tu amik isi bantal tu, koyakkan baju tido adik saya and start jahit sarung baru. Masukkan balik isi yang lama. Setia pada yang satu tau.

Pastu time tu Hamster baru popular. Kitaorg nak bela kucing mak tak kasi sebab die tau kitaorg x reti jaga. Ayah saya belikan hamster kat kedai apek. Taktau camne ayah saya beli, borong kot. Sebab ada yang cacat kesian gile. Ada yang spesis lain. Haha

Kitaorg bela juga dengan penuh kasih sayang.
Atlast semua hilang, lari xtau pegi mana.

Scary Stuff is Going on
3 hari berturut2 saya mimpi anjing hitam makan orang depan rumah banyak sangat mayat terbaring dekat depan rumah and kawasan rumah.
hari ketiga anjing tu cakap dengan saya nak masuk rumah. Saya tak bagi.
Masa tu saya baru balik dari sekola agama, pastu tengah nak jalan masuk kawasan rumah, saya nampak ada plastic merah. dalam tu ada kertas lukisan 6 family, pastu kena cucuk ngan jarum.
Ssaya masuk rumah, bagitau mak saya. Mak saya bagitau ayah saya. Lepas tu kazen saya datang berubat. Memang ada orang nak kenakan family saya, Sebab nak dapatkan position ayah saya.

After the incident ayah saya bertuka pangkat.Darjah 4 smpai tingkatan 1 saya duduk dekat Kota Tinggi belajar dekat SRK Laksamana.

Disini saya aktif dalam kurikulum, tapi sayang nya sijil dan pingat and  piala saya x simpan. Saya letak sesepah HAHA!

Taktau pulak yang dah besar nanti boleh buat trophy tunjuk kat anak ( x terpikir pun untuk buat camtu )




0 comments:

Sungai Pelek

22:18 As Sweet As Sugar 0 Comments


Diri Saya
Saya pulak tegas, tetap pendirian. Ecece ada jugak keburukkan kat saya ni. Saya terlampau honest dengan pendapat saya ( kena belajar kawal ni). Saya suka makan sesedap, travel ( sapa x suke kan, semua orang suka travel bwahah)
Saya kacukan Cina & Melayu (mak cina bapak melayu) umur muda lagi tak tua pun.
Dilahirkan hari Ahad Pagi pada 1989 dalam 6 pagi time orang bang subuh, keluar2 je saya terus sembahyang subuh tau. ( just kidding ) kena dengar azan pada telinga la :p

Mak saya cakap saya ni cepat berjalan , umur 10 bulan dah boleh berjalan. Masa sekola saya sangat aktif, suka sangat masuk semua jenis sukan tapi kan x pernah dapat no.1. selalu dapat no.2 je Mungkin kena sumpahan anak kedua kot.

Masa darjah 1-2 saya sekola die Sekolah Kebangsaan Sungai Pelik.
Yang saya ingat saya buat Origami pastu saya jual. Saya buat purse dari buku sekola saya, kotak dari kertas, paper color. Tak sangka laku jugak. Rm 0.20 sen & Rm 0.50 sen saya jual. Memang buku latihan sekola saya selalu habis. Lepas dah lipat2 saya warna cantik2 then baru saya jual.

Everything about Marketing
Saya ingat masa saya nak jual tu saya cakap, Senang nak asah pencil, takyah pegi tong sampah belakang jauh sangat. Boleh asah dekat meja je. Huehue Pandai tak.
Dekat sini saya ada seorang kawan baik. Nama die Nina. Lost in Touch.
Pepetang selalu sangat main dengan. Naik basikal main pasir, cabut rumput, tangkap belalang.


0 comments:

Diri Saya

22:17 As Sweet As Sugar 0 Comments


Salam Semua,
Ini merupakan 1st time saya buat blog. Saya start blogging ni pun ada sebabnya kenapa. Nak meluahkan nak sharing and caring.
Asalnya nak tulis kat diari. Tapi fikir2 dua tiga kali, xkan la nak bawak diari kehulu kehilir. Towl Tak
Huehuehue

Nama saya "Secret" eceh mesti korang ingat nama betul saya Secret..  Haha! Mestila kena rahsiakan.
Saya merupakan anak kedua kepada seorang lelaki yang hati nya amat terang. Apabile belajar sesuatu terus je dpt hafal. Power tak!Itu la ayah saya.

Mak saya pulak seorang wanita yang tegas, tak reti berjenaka, pandai berjimat, organise. semua benda nak buat tapi x menjadi tapi yang menyebabkan ibu saya seorang yang comel, die ni lurus bendul ayat2 maki hamun pun die x faha,. bayangkan " SHIT " pun die x faham ( dia pandai english tapi censored2 die x paham ) Haha comel tak. Bila kitaorg buat lawak die ingatkan bebetul plak.

Kakak saya lebih kurang macam ibu saya. Lurus bendul. Suke kena buli dengan kawan2 die. Kawan die fuh ramai nyer tidak terkata tapi ada lebih kurang 5 orang je yang boleh dipanggil kawan sejati. Kesian kakak saya ni.

Adik saya lagi sorang ni pelik. Bila balik rumah mesti duduk bilik 24h, hari2 duduk bilik tengok discovery channel la, sains this and that, build this and that, masa kecik suka pomen barang2 dia lah perosak segala barang2 elektrik. Tapi disebabkan ayah saya bagi die pomen barang, die jadi seorang yang pandai berfikir. Die ni senyap je. bila die start bukak mulut gahhhh die komplain je. Tapi kekadang best dengar die bercerita. Luar dari jangkaan korang, bukan gosip mengumpat. Die cerita pasal apa yang terjadi pada alam sekitar and benda apa yang telah orang cipta. Memang bila duduk dengan die ni leh jadi Einstein. Suka ajak saya pergi adventure tapi sedih sangat, sekarang saya tak boleh nak adventurous sangat. Dah ada baby

Adik saya yang bongsu ni, die creative over creative. Lain dari adik lagi satu. Mulut die ni macam ayam berak cirit. Membebel je, suke sakat kakak saya. Saya pun join sekali sakat kakak saya. Dari menyakat tu, terasa bahagia satu keluarga yang teramat sangat.
Die ni selalu nak ckp die je la yang betul, tapi die suka menolong orang. Manja dengan ibu saya,
Pakai baju koyak pun x kisah asalkan comfortable. Langsung tak kisah orang cakap ape kat die.


0 comments: